Monday, June 15, 2009

20 tahun takkan mungkin...

Seingat aku dah lama aku tak tengok wayang cerita melayu. 1995 tu lah tahun terakhir aku menonton filem melayu di pawagam. Itupun lepas ada sorang awek tu paksa aku teman dia tengok filem tu. Aku tak ingat tajuk cerita tu , tapi yang berlakon dalam tu si sofia jane. Masa sofia jane tengah top la. single lagi time tu. Aku dah bagitau awek tu kalau dia nak tengok cerita Die Hard, enam - tujuh kali pun aku sanggup sponsor. Bukan la aku kaya sangat time tu, tapi kerajaan bagi duit time aku blajar. Tambah plak aku rajin wat keja part time, ada la jugak duit-duit lebih. Berbalik kepada cerita tadi, oleh sebab aku tak gamak nak tengok muka awek tu sedey, aku pun kata la kat dia aku jadi teman dia tengok wayang tu. Jadi hujung minggu berikutnya tu aku pun tunggu la dia kat depan panggung wayang kat kompleks teruntum. Tempat paling happenning kat kuantan masa tu. Abis tengok wayang tu , punya la marah awek tu kat aku. Dia tak ajak dah aku tengok wayang lepas tu. Maunya dak, aku belasah tidoq sebaik ja abis iklan arak. Sedar-sedar cerita dah abis dah pun.

Kali pertama aku tengok wayang ialah dengan member aku yang beriya-iya nak tengok cerita sembilu. Sama jugak dengan kes tadi, aku bantai tiduq sampai abis wayang tu. Aku pun taktau la apa jenis sindrom yang membuat aku tertidor kalau tgk citer melayu kat wayang. Aku masih lagi berfikir pasal apa aku tidur time wayang melayu.

Minggu lepas aku turun Kl. Lepak dengan kenkawan lama kat sana. Macam reunion plak. Badut siap amik cuti lagi. Lepas kat Time square , pekena kopi yang harga 10 kali ganda mahal dari kedai kopi Pak Mael Tamban. Lepak-punya lepak, kami naek cemus. Ada cadangan nak tengok wayang. Aku pun beratur nak beli tiket, hampir sia-sia keja aku beratur. Tiket citer Drag me to hell dengan citer 'Blood' dah abis. Kalau ada pun line depan sekali. Mau tak mau aku amik keputusan beli tiket 'Jangan pandang belakang congkak'. Setelah lebih 15 tahun aku tak menonton citer melayu kat pawagam, aku berpendapat apa salahnya kalau bagi peluang tengok citer melayu sekali sekala. Jadi kami berlima pun layan la tengok wayang tu. Sedey gila. Yang tu la yang aku mampu kata pasal filem ni. Rasa cam diperbodohkan sangat-sangat. Rugi bayar tiket. Ada satu karekter tu dok berjalan macam monyet. Dari awai sampai abis. Kalau lah aku nak tengok monyet baik aku pi tengok kat zoo aja. Yang sorang lagi asyik dok menjerit tak tentu hala. Apa punya cheroi cerita melayu ni. Kalau tak silap aku citer ni macam filem arahan Allahyarham P Ramlee. Di tiru sekali lagi, kebiasaannya filem 'remake' ni sepatutnya setara kalau pun tidak lebih baik dari filem terdahulu. Tapi apa yang jadi amat-amat mendukacitakan aku. Kadang-kadang aku hairan , macam mana kakak yang dok sebelah aku leh gelak sampai keluar air mata tengok cerita macam tu. Di mana lawaknya pun aku tak tau.

Sehingga bila filem melayu ingin terus memperbodohkan penonton. Sehingga bila penonton akan terus disajikan dengan filem-filem tak bermutu dan merendahkan tahap pemikiran orang melayu dan malaysia. Sungguh tak berbaloi bayar rm9 hari tu. kalau boleh aku dah mintak refund. Nasib baik takleh. Ke manakah arah filem melayu selepas ini. Dulu dan boleh jadi juga masa kini, kita masih lagi memandang rendah filem-filem hindustan dan juga filem-filem tamil. Bagi aku filem - filem diorang ni menunjukkan peningkatan mutu yang ketara. Ada jugak time filem melayu ada kat panggung, dengan satu lagi cerita tamil, aku sanggup lagi menonton filem cerita tamil dari tengok filem melayu yang tah hapa-hapa. Menyakitkan hati dan menaikkan tekanan darah aku kalau aku tengok.

Setelah 15 tahun , aku sekali lagi masuk panggung menonton filem melayu yang bodoh lagi tak bermutu. Hari ini, aku akan menunggu lagi 20 tahun kalau ada umur yang panjang MUNGKIN aku akan sekali lagi cuba menonton filem melayu. Tahun 2029 mungkin aku akan masuk panggung sekali lagi untuk menonton filem melayu. Mungkinkah filem melayu akan terus di tahap yang sama pada hari ini?

Saturday, August 16, 2008

Quote for thought

"Remember that there is nothing stable in human affairs;therefore avoid undue elation in prosperity,or undue depression in adversity."

-- Socrates

"You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get other people interested in you."

-- Dale Carnegie

"The reasonable man adapts himself to the world; the unreasonable one persists in trying to adapt the world to himself. Therefore, all progress depends on the unreasonable man."

-- George Bernard Shaw

"One machine can do the work of fifty ordinary men. No machine can do the work of one extraordinary man."

-- Elbert Hubbard

"A wise man will make more opportunities than he finds."

-- Sir Francis Bacon